LATAR BELAKANG ORGANISASI

 

LATAR BELAKANG ORGANISASI

Pejabat Pentadbiran Daerah Beluran telah ditubuhkan seawal tahun 1916, walaubagaimanapun semua rekod dan data berkenaan telah musnah akibat perang dunia ke dua, dan rekod Pegawai Daerah beberapa tahun tersebut juga musnah. Menurut sumber daripada orang lama, pejabat Daerah Beluran telah ditubuhkan pada tahun 1945. pada tahun 1945 Encik B.S Willie telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Beluran yang pertama.

Klagan merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama namun kerana kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, Pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke kaki bukit Beluran.

Pejabat Daerah Beluran merupakan pusat pentadbiran utama di Beluran yang terletak di Pekan Beluran. Pejabat ini menjalankan aktiviti pentadbiran dan pembangunan yang terdapat di sekitar kawasan Beluran. Pejabat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Pembangunan. Pegawai Daerah Beluran pada masa ini ialah Tuan Roger Bin Appolonius.

Bidang kuasa pejabat daerah Beluran tertakluk kepada hal ehwal
pentadbiran dan pembangunan kawasan dalam daerah Beluran seluas 3,316 km persegi meliputi 4 mukim iaitu Mukim Sapi, Mukim Tetabuan, Mukim Kolapis dan Mukim Pekan meliputi 36 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon