PENGENALAN

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH BELURAN
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdullilah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izinnya, kita telah memasuki ke tahun 2020. Semoga tahun ini memberi sinar baru bukan sahaja dalam sektor pembangunan, malah dari segi sosio-ekonomi juga turut sama meningkat dan berdaya saing.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak khususnya webmaster Pejabat Daerah Beluran dan semua kakitangan Pejabat Daerah Beluran di atas kejayaan menyiapkan Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Beluran ini. Semoga dengan pembinaan Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Beluran ini, menjadi sebuah platform penting khususya kepada pihak kerajaan dalam menyebarkan maklumat terkini dan dapat memberi maklum balas kepada orang awam dengan cepat dan mudah disamping manyahut usaha Pihak Kerajaan untuk menjadikan Kerajaan Negeri sebagai sebuah Hub ICT dan Multimedia bukan sahaja di dalam Negara, bahkan di peringkat global amnya.
Semoga perlaksanaan ini memberi impak yang positif dalam menyebarkan maklumat menerusi dalam talian kepada semua lapisan masyarakat seterusnya menjadikan Laman Web ini sebagai elemen penting dalam mendapatkan maklumat terbaru dan terkini mengenai program-program serta informasi-informasi terkini di Daerah Beluran khususnya. Akhir kata, saya selaku Pegawai Daerah Beluran, ingin mengucapkan;
“Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pejabat Daerah Beluran”
Sekian, terima kasih.
NORDIN BIN DALING
Pegawai Daerah Beluran
VISI, MISI, OBJEKTIF & FUNGSI
VISI
"MENJADIKAN DAERAH BELURAN SEBUAH DAERAH YANG MAJU SELARAS DENGAN TUNTUTAN PERUBAHAN"
MISI
1.PENGURUSAN PENTADBIRAN MESRA RAKYAT;
2. PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT;
3. PENGLIBATAN MASYARAKAT DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN MELALUI PERWAKILAN AHLI-AHLI MAJLIS DAERAH;
4. MENYEDIAKAN PRASARANA UNTUK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR;
5. MENYEDIA DAN MENYELARAS PERKHIDMATAN MELALUI AGENSI KERAJAAN NEGERI / PERSEKUTUAN;
6. MEMBASMI KEMISKINAN;
7. MEMASTIKAN DAERAH BELURAN SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT, AMAN DAN BEBAS DARI ANCAMAN JENAYAH; DAN
8. MEMASTIKAN PEKAN BELURAN DAN PAITAN SENTIASA BERSIH, INDAH DAN MAKMUR.
OBJEKTIF
1. MEMBASMI KEMISKINAN DAN MENSEJAHTERAKAN RAKYAT LUAR BANDAR SERTA MEWUJUDKAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA
2. MENGGERAKKAN USAHA-USAHA PEMBANGUNAN BERSEPADU DIKALANGAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN DI PERINGKAT BAWAH, TERUTAMA SEKALI PENYELARASAN DAN PEMBANGUNAN;
3. MENGUBAH PEMIKIRAN, SIKAP DAN PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR AGAR SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN GLOBAL BERTERASKAN ICT; DAN
4. MEWUJUDKAN SUASANA HIDUP MASYARAKAT YANG HARMONI, AMAN DAN SELAMAT.
FUNGSI
1. PERANCANGAN UTAMA PEMBANGUNAN DAERAH;
2. PEMIMPIN DAN EJEN PERUBAHAN DIPERINGKAT DAERAH;
3. PENGHUBUNG DAN PENYAMBUNG LIDAH KERAJAAN;
4. PENDOKONG SISTEM PENTADBIRAN YANG CERMELANG DAN PELOPOR BUDAYA KERJA YANG POSITIF DI PERINGKAT DAERAH; DAN
5. PELAKSANAAN DASAR KERAJAAN DARI SEMASA KE SEMASA.
CARTA ORGANISASI

PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN PERMOHONAN LESEN
1. Permohonan Lesen Kedai Runcit
2. Permohonan Lesen Kedai Makan/Restoran
3. Permohonan Lesen Minyak
4. Pemohonan Lesen Bengkel Pembaikan Kenderaan
5. Permohonan Lesen Kontraktor
6. Permohonan Lesen pengangkutan
7. Permohonan Lesen Menjual Hasil Pertanian / Perikanan
8. Permohonan pembaharuan lesen kapal kecil / Kapal
9. Lesen Pembekalan
10. Lesen Perkhidmatan
11 Lesen Penyelenggaraan
Syarat Permohon :-
Warganegara Malaysia
Mesti ada Premis Perniagaan
Mendapat sokongan Pengerusi JKKK (kawasan kampung)
Mendapat Kelulusan Majlis Daerah (kawasan Pekan)
Plan Stor dan mendapat ulasan daripada Majlis Daerah dan Jabatan Bomba (Bagi Permohonan Lesen Minyak)
Ulasan Jabatan Alam Sekitar (Permohonan Workshop)
Surat Pengesahan daripada Perikanan Daerah (Permohonan Lesen Jongkong bagi nelayan)
kelulusan Majlis Daerah Beluran, FINAS dan Majlis Perbandaran Sandakan (Permohonan Lesen Karaoke)
Mengisi Borang Lesen Berniaga [Ordinan No.16 of 1948]
MAJISTRET KELAS 2
PENTADBIRAN KEHAKIMAN
1. Sebagai “Ex-Officio” Majistret kelas kedua dengan antara lain mengendalikan kes-kes berikut:
Menandatangani “Remand Warrant”
Menandatangani Waran penjara (Committo Prison)
Menandatangani Waran “Mental Assylum”
Perbicaraan kes-kes “Minor Offences”
Mengesahkan Surat Akuan, Surat Sumpah, Surat Kuasa, Surat Perjanjian , Salinan Dokumen-Dokumen tertentu dan sebagainya.
2. Melaksanakan tugas-tugas majistret kelas kedua umpamanya meleraikan perhimpunan haram dan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang menjejaskan ketenteraman awam.
PENTADBIRAN MAHKAMAH ANAK NEGERI
1. Sebagai Pegawai Mahkamah Anak Negeri
2. Mentaksir, bagi tujuan mengendos atau mengarah mahkamah anak negeri menimbang semula keputusan mahkamah anak negeri jika perlu.
3. Sebagai Hakim Mahkamah Anak Negeri Daerah: untuk mendengar kes rayuan pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Anak Negeri.
4. Melaksanakan undang-undang berikut:
Pentadbiran Institusi Mahkamah Anak Negeri.
Ordinan Tafsiran Anak Negeri Cap 64.
Ordinan Pentadbiran Anak Negeri dan Small Estates Cap 1.
Burial Ordinance Cap 19.
Ordinan Anak Angkat
PERKHIDMATAN SURAT SOKONGAN AWAM
1. Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa bagi murid sekolah
2. Surat Sokongan Rawatan Hospital
3. Kebenaran Melalui Jalan Persendirian/Ladang
4. Permohonan Papan Beruti
5. Sokongan Permohonan Permit Pengangkutan Awam
6. Sokongan Melanjutkan Pelajaran
7. Pelbagai sokongan yang bersesuaian dengan bidang kuasa Pegawai Daerah Beluran dan Penolong Pegawai Daerah Beluran
PERKHIDMATAN KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN
Perkhidmatan Kaunter telah beroperasi sejak September 2004.
Sekarang dikendalikan oleh seorang Pegawai Khidmat Pelanggan N.19, antara lain fungsi unit kaunter ini adalah:-
Memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan
Membantu menyelesaikan masalah orang awam yang berurusan dengan Jabatan sehingga selesai.
Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai
Memaklumkan kepada orang awam dari semasa ke semasa perkembangan setiap aduan yang dibuat oleh orang awam.
Membantu orang awam melengkapkan borang-borang yang tidak lengkap semasa berurusan
Pegawai Khidmat Pelanggan juga bertanggungjawab mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon.
MAKLUMBALAS
pdbeluran@gmail.com
089-511212
089-511255