Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) adalah merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi.

Selaras dengan Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional NACS (2024-2028), di bawah Strategi 2: Kebertanggungjawaban Awam, Substrategi 18 NACS iaitu “mewajibkan sector awam membangunkan Langkah Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi berdasarkan penilaian Risiko Rasuah dengan bantuan SPRM” dan dibantu Institut Integriti Malaysia (IIM).” Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab BPT dalam menyemak dan membangunkan modul yang bersesuaian bagi tanggungjawab yang telah diberikan.

Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan dan merangka modul bagi membantu organisasi membangunkan OACP di setiap agensi dan jabatan masing-masing. Bengkel Pembangunan OACP diadakan bertujuan memberikan panduan, pendedahan dan pemahaman kepada peserta tentang keperluan menyedia, membangun dan melaksanakan OACP.

SISTEM i-ADU

Sistem I-Adu adalah sistem yang dibangunkan untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus aduan berkaitan aduan awam dan aduan integriti. Aduan awam boleh dilaporkan di Sistem Aduan Unit Integriti Negeri Sabah 

GALERI

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon